Saturday, March 12, 2011

aku kecewa!!!!!!!!!!!!!!

entry nie ditulis pada malam anugerah bestari fasa 1 2011...
selalunya aku akan tunggu sampai majlis/event 2 abis...tapi tidak malam ini..
aku menulis entry n dengan perasaan penuh kecewa+sedih+geram...

aku x nk salahkan orang atau sesiapa...aku x nk marah atau maki sesiapa...
ok..bende n jadi sebab aku x dpt anugerah pengarah projek pada malam 2..
actually aku pengarah gerai konvo la phewitt 4th..
antara projek terawal yg diadakan..
AKU BUKAN NAK SGT PLAK YG X SEBERAPA 2..
tp n soal maruah projek and cara u handle bnde2 n

sepatutnya pada malam 2 aku dapat anugerah pengarah projek..
aku naik pentas terima plak..
tapi bende yg lain jd..
nama aku x de dlm senarai pemenang mlm 2 
aku tanya ajk MAB, ade x nama aku dlm senarai????
diorang ckp x de 
aku pun angin la..terus aku masuk bilik seminar and tanya sume ajk kt situ... 
nama aku ada x dlm senarai??? 
jawapan die stil the same... X DE 

time n mmg btul2 aku dh angin... 
aku tanye pengarah MAB, piju ( yg ajk gerai kovo )
die pn ckp xde...die kate die x tahu menahu psl pemenang
weiii come on laaa...ko 2 pengarah..mane boleh ko bg jawapan mcm 2... 
ak x tahu...wah wah wah 
senang btul la kje ko 

pas 2 aku terus jumpe akmal (presiden)
die pn terkejut,die ckp wk2 die bg senarai nama kt penyelia 
nama aku ade.. 
tp mlm n xde... (mcm chipsmore lak)

die kate yg sort nama2 nie sume keje pengurusan and penyelia 4th..ini bermakna masalah nie dtg dri pengurusan and penyelia 4th...diorg x semak balik senarai pemenang mlm 2 dua tiga kali..ini menimbulkan keraguan,adakah mereka buat kerja sambil lewa atau pun diorang memang nak sabotaj projek gerai konvo?????????  

aku yakin ini kerja PN SARIPAH..sebab die s/u kolej..mesti die yg taip sume bende n...die n kalu bercakap,sumenye perfect...sume btul,xde pe yg salah ( macam malaikat)....selalu die akan bising psl protokol,psl teks mc and dll...walhal aku pun x tahu die n tahu ke tak bab protokol???? (psl protokol pantun) sekarang dah ade bukti yang korang n cakap x serupa bikin....die x semak kerja die,maybe die sibuk (kot la) sampai x de mase nak check balik senarai nama pemenang mlm 2...ok, aku still hormat die sebagai penyelia and org lg tua dri ak...tp profesional la bro..x kn la kalu dh wt silap,still org2 bawah x leh nak ckp and tunjuk mane ko salah... u are not perfect every time...

yang menguatkan bukti aku, plak untuk projek gerai haram ade ( mean xde lnsg)...aku bloleh admit yg ko salah print or taip..tp plak cnfrm ko dh tempah sebulan or 2 bulan awl..tul x???x kn ko x check btul2 projek geria konvo x de plak???ini lg bukti yg korang main lepas je bile buat keje...JANJI SIAPPP...maybe 2 kot pegangan korang selama nie..time ckp ngan student,i2 salah..sini salah...tp salah korang x penah nk tgk...

kalu dari awal korang x nk gerai kovo n jd projek,ckp la terus terang...tak yh jd mcm nie...dah la..makin lama tulis,makin sakit hati...mcm curah air kt daun keladi,x de effect pn...aku pun dh nak abis dh kt UM n..lagi 2 sem tinggal...so kepada junior2,blaja sikap penyelia2 korang n..... 

SALAM..........























Wednesday, February 2, 2011

IPOH MALI TALA' SOMBONG..................

pertamanya, aku nak bagi tau entry aku kali nie agak panjang...bace la ( sambil merayu), kalau suke ( alhamdulillah) and if u don't like... 
ADE AK KESAH???????????????????????? 

ENJOY... 

soalan ini ditujukan kepada orang PERAK terutamanya kepada mereka yang kaki bola :- 
  • agak2 kome le,penah ke idak kome dengo tajuk blog keme kali nie????
  1. kalo penah,baguihhhhh...bangge teman
  2. kalo idak!!!!malunye meke.... g le ngambik talam tutup muke meke 2...

btw ( by the way , untuk sesiapa yang tak paham shortform), ari nie aku nak cerita pasal team bola..things that u might want to know about me and football :-
  1. aku seorang yang amat hebat ketika main bola ( position = defence )
  2. pernah mencapai zaman kegemilangan sewaktu lewat 80-an
  3. sekarang jarang bermain kerana sudah menggantung boot ( badan pun dah tak sefitt sewaktu era kegemilangan aku) 
  4. tak pernah dan tak berminat lansung untuk mengambil tahu - menahu hal2 kelab bola sepak luar negara ( peduli hapak aku ngan MU, liverpool, arsenal, chelsea  )
  5. last sekali :- saya peminat kipas susah mati team PERAK FA

  
boot sewaktu zaman kegemilangan aku
 
  
Ok, straight 2 da point...aku nak cerita pasal bola team perak..semalam ari selasa ( 01/02/2011) aku pergi stadium untuk melihat perlawanan liga super antara perak dengan johor fc.Dah 5 tahun aku tak menjejakkan kaki ke stadium perak walaupun jarak antara stadium dengan rumah aku hanyalah 10 batu nisan.Sebenarnya, aku agak kecewa / merajuk / kecik hati / sakit hati / menyampah dengan team perak ( termasuk pengurusannya) kerana prestasi pasukan perak semakin lama semakin merudum.Ini kajian / pendapat aku mengapa pasukan perak agak merosot kebelakangan ini :-
  • kehilangan pemain-pemain berbakat yang berpindah ke pasukan negeri - negeri lain ( aku tak salahkan diorang...orang dah tawar gaji lagi tinggi, ambik je la yeop...rezeki jangan ditolak ) 
  • kehilangan penyokong - penyokong fanatik team perak yang pernah mendapat anugerah PENYOKONG TERBAIK ( diorang lari pun sebab team perak main tak best,dah hilang semangat nak tengok..yang paling penting, penyokong perak tak pernah bakar kerusi stadium..oppssss....hahahahaa )
  • kemasukan pemain-pemain baru yang kurang berpengalaman ( xpe, slow2..lama2 hebat la 2 )
  • ketiadaan gendang keramat pasukan perak ( aku kalau kat stadium dengar gendang nie, boleh siap nari2 lagi,terbaekkk la weiii )
  •  kredibeliti pihak pengurusan yang sentiasa membawa masalah ( tolong la jangan jumbble-up football ngan politics )
  • gaji pemain yang lambat dibayar = salah pihak pengurusan lagi ( sape nak main kalau tak de gaji??? ) 
  •  media kurang memberi liputan ( ko dah la main macam ayam,suruh buat liputan lak, memang tak dpat la dik non oiiii )
  • itu je kot...tulis lebih-lebih nanti, aku lak kene banned dari masuk stadium...hahahaha

Dahulu, pasukan perak pernah berada di takhta kegemilangannya dengan menjuarai 
  • Liga Perdana I ( sekarang dikenali sebagai Liga Super ) pada tahun 2002 dan 2003
  • Piala Malaysia sebanyak 7 kali sepanjang dilansungkan pada tahun 2000, 1998, 1970, 1967, 1957, 1931 dan 1926
  • Piala FA sebanyak 2 kali pada tahun 2004 dan 1990
  • Piala Sumbangsih sebanyak 3 kali pada tahun 2006, 2005 dan 1999 
GILA GEMPAK !!! ( tapi pencapaian yang tidak konsisten)...tapi sekarang ia hanyalah catatan sejarah di atas kertas yang sedikit pun tidak membantu perlawanan di atas padang. Apa yang boleh dibanggakan dengan sejarah???Aku sebenarnya sangat - sangat merindui zaman kegemilangan pasukan perak. Bukan sekadar pasukannya sahaja, tetapi keSPORTINGan penyokong  yang dahulunya amat digeruni oleh penyokong  lawan; yang tidak putus - putus menyaport dan memberi sokongan agar pasukan perak kembali hebat seperti dahulu...KITA MAMPU MENGULANGI SEJARAH



penyokong perak TERBAEKKKKKKKK!!!!!
sewaktu adanya pemain import  ( idup keita mandjao)

Semalam sewaktu di stadium perak, aku merasakan kelainan. Suatu kelainan yang pernah aku rasakan dahulu, di awal tahun alaf baru ( 2000 - 2005 ). Ramai yang datang memenuhi stadium kali ini, dianggarkan 8000 orang. Suatu tanda penyokong perak mula bangkit memberi sokongan dan harapan, kini terserah kepada pemain dan pengurusan untuk membentuk pasukan terbaik bagi melayari musim bola sepak kali ini...

Semalam perak muncul juara di gelanggang sendiri menewaskan johor fc (1 -0 ) buat pertama kali pada musim ini selepas seri bersama pasukan kl ( 1 - 1 ) di gelanggang lawan.gol jaringan akmal rizal pada minit-minit terakhir perlawanan ( maybe minit 90 + 2 ) betul-betul mengubat kekecewaan penyokong yang menjangkakan perak akan seri tanpa jaringan malam itu...



DAN....



tiba2, penyokong perak semuanya bangun bersama - sama menyanyikan lagu, menggegarkan stadium yang sudah agak lama sepi dengan riuh-rendah penyokong..... ( JOM NYANYI RAMAI-RAMAI)


ipoh mali 2x
ipoh mali tala' sombong 3x
ipoh mali 2x
ipoh mali tala' sombong 3x 



satu lagi antara lagu semangat pasukan perak



chorus :
kejor yob kejor
selogan kami
ole ole ole
perak sudah mari (ulang)

putih kuning hitam
lambang negeri
semangat juang
ada pada kami (ulang)

ulang chorus 2 kali

langkah kami
langkah seladang 
siapa datang
akan kami tentang (ulang)

ulang chorus 2 kali

kami gempo 
abis - abisan
kami perak
darul ridzuan 

ulang sampai abis ( sukati korang la..hahahaha)


Dan, aku rasakan ini satu KEBANGKITAN BESAR - BESARAN selepas lama pasukan perak menyepi...


berilah mereka harapan dan sokongan....


KITA MAMPU MENGULANGI SEJARAH!!! 





  

Sunday, January 30, 2011

RESTAURANT?????????????????

atoi2,x abis2 cite pasal makan..ko dengan makan tu memang x boleh diceraikan...
atoi = makan
makan = atoi
isshhhkkkk2x



hari nie aku x nak cite pasal makan + minum  ( sebab aku tengah ON DIET )...tapi hari nie aku nak cite pasal KEHIDUPAN or omputih cakap LIFE...

  
kalau korang suke,no problem...
kalau x suke,aku peduli hapak..blog aku, sukati aku la....hahhahahaha


cerita nie bermula pada hari jumaat (28/01/2010) sewaktu burung2 terbang berkicauan di halaman padi,unggas2 beterbangan (gaya nak macam sy8 dalam hantu kak limah)


hahahahahahahah


waktu tu aku tengah kuliah SCES2250 (molecular spectroscopy) bersama dr. sharifuddin...subjek nie amat lah famous di kalangan student jabatan kimia,universiti malaya...waktu die tengah mengajar tu, die cerita pasal bende nie...die cakap yang LIFE IS LIKE A RESTAURANT..



maybe macam kedai mamak kot ( nasi kandaq pelita terbaekkkk)

aku pun waktu tu terkejut la...asal plak tibe2 nak cite pasal restaurant nie...or die saje nak perli aku sebab dalam kuliah tu aku sorang je badan yang agak sihat..xpe2 aku pun dengar la ape yang die nak cite 2



ce cite, ce cite




he said that life is like a restaurant..


a restaurant that offered u thousand and megatrillion choices of dishes that u want included arabic food, chinese cuisene, malay food, europe and etc....


sekadar gambar hiasan

same like life that offered u whatever u want to be and do whatever u want to do...


when u were born in this world is like u entered the restaurant...




sonok mak cik ngan pak cik nie



as u growing older,is like u walking around the restaurant searching the best dish that suite u...


just like life,as u growing u experience a lot and u try to find the best for u such best education, best job, best marriage and etc 



and when u have found the dish,u just stick to it without try another dish presented...


u AFRAID that maybe the another dish not suite u and that the only REASON u didn't touch it..


same like life,whenever u have hold something in your hand,u afraid to lose it and try something new that may be better....


if u are student,u just interested in one particular subject rather than try another subject that maybe u think do not suite u well but if u try it harder, who knows u can performed well through it....  





and if u DIED



kita akan ke sana suatu hari nanti


u have ONLY tried one from thousand skill that being offered to u in this world....


in case of the restaurant,when u died...


meaning that u walk out from the restaurant, u just like only drinking a GLASS OF PLAIN WATER...



rather then try another dish that presented...... 


at least hilang gak haus



''LIFE IS FUN, TRY WHATEVER U WANT BEFORE IT TO LATE''

saya masih bayi???

ASSALAMUALAIKUM...


haaaa,memang saje dibesar + dibold + diredkan salam tu..takut2 korang x nampak pulak.ingat,jawab salam tu wajib hukum die...


ok...


sebenarnye impian nak buat blog nie dah lame,tapi baru termakbul malam nie..macam2 yang jadi sebelum aku nak buat blog nie..sobsobsob (bunyi sedih)

  
sape yang nak dengar aku cite?????

  
angkat tangan macam nie 

bende n jadi bulan 9 tahun lepas..waktu 2 memang berkobar-kobar nak buat blog nie...ye la,tengok orang ada blog,aku pun nak buat lah...macam best,walau pun risiko x de orang bace blog aku nie maybe lah tinggi...tapi aku peduli hapak ..aku nak buat jugak..so malam 2 aku pun beria-ria la belajar camne nak buat blog...habis menuntut aku pun terus buat,bukan main semangat lagi.....


macam nie la semangat aku???? 
 

sampai pukul 4,baru la siap blog aku...perghhh,memang kembang abis lah dada nie,sampai terkoyak baju....


TAPI !!!!!!!!!!!!!!!



waktu aku nak tekan butang PUBLISH POST 2,aku tertekan plak butang CANCEL...memang terdelete la sume hasil karya aku 2...

PERGHHHH....

ishh,kecewa tu tuhan je yang tau...ternganga + termenung aku depan laptop nie,mau dekat 15 minit...waktu 2 memang tibe2 rase down gile (macam la terdelete thesis nak sedih segala bagai)...so,aku mengambil masa lebih kurang 4 bulan nak recover...

sekarang,4 bulan 2 dah berlalu pergi...aku nekad nak buat jugak blog...and now,this is my first POST..banyak lagi yang akan aku tulis and aku cherita kat blog nie..sume pasal pengalaman and ape yang berlaku ke atas diri aku sepanjang 22 tahun (kot???) aku hidup di atas muka bumi ALLAH nie...


now,i'm like a new baby that born in this blogger's world...PLEASE WELCOME ME NOT AS A NEW INTRUDER BUT A NEW CUTE BABY THAT NEEDS ALL OF YOUR SUPPORTS!!! (sorry if there is any grammertical error)

i'm a new bay....yeahhhh!!!!