Wednesday, February 2, 2011

IPOH MALI TALA' SOMBONG..................

pertamanya, aku nak bagi tau entry aku kali nie agak panjang...bace la ( sambil merayu), kalau suke ( alhamdulillah) and if u don't like... 
ADE AK KESAH???????????????????????? 

ENJOY... 

soalan ini ditujukan kepada orang PERAK terutamanya kepada mereka yang kaki bola :- 
  • agak2 kome le,penah ke idak kome dengo tajuk blog keme kali nie????
  1. kalo penah,baguihhhhh...bangge teman
  2. kalo idak!!!!malunye meke.... g le ngambik talam tutup muke meke 2...

btw ( by the way , untuk sesiapa yang tak paham shortform), ari nie aku nak cerita pasal team bola..things that u might want to know about me and football :-
  1. aku seorang yang amat hebat ketika main bola ( position = defence )
  2. pernah mencapai zaman kegemilangan sewaktu lewat 80-an
  3. sekarang jarang bermain kerana sudah menggantung boot ( badan pun dah tak sefitt sewaktu era kegemilangan aku) 
  4. tak pernah dan tak berminat lansung untuk mengambil tahu - menahu hal2 kelab bola sepak luar negara ( peduli hapak aku ngan MU, liverpool, arsenal, chelsea  )
  5. last sekali :- saya peminat kipas susah mati team PERAK FA

  
boot sewaktu zaman kegemilangan aku
 
  
Ok, straight 2 da point...aku nak cerita pasal bola team perak..semalam ari selasa ( 01/02/2011) aku pergi stadium untuk melihat perlawanan liga super antara perak dengan johor fc.Dah 5 tahun aku tak menjejakkan kaki ke stadium perak walaupun jarak antara stadium dengan rumah aku hanyalah 10 batu nisan.Sebenarnya, aku agak kecewa / merajuk / kecik hati / sakit hati / menyampah dengan team perak ( termasuk pengurusannya) kerana prestasi pasukan perak semakin lama semakin merudum.Ini kajian / pendapat aku mengapa pasukan perak agak merosot kebelakangan ini :-
  • kehilangan pemain-pemain berbakat yang berpindah ke pasukan negeri - negeri lain ( aku tak salahkan diorang...orang dah tawar gaji lagi tinggi, ambik je la yeop...rezeki jangan ditolak ) 
  • kehilangan penyokong - penyokong fanatik team perak yang pernah mendapat anugerah PENYOKONG TERBAIK ( diorang lari pun sebab team perak main tak best,dah hilang semangat nak tengok..yang paling penting, penyokong perak tak pernah bakar kerusi stadium..oppssss....hahahahaa )
  • kemasukan pemain-pemain baru yang kurang berpengalaman ( xpe, slow2..lama2 hebat la 2 )
  • ketiadaan gendang keramat pasukan perak ( aku kalau kat stadium dengar gendang nie, boleh siap nari2 lagi,terbaekkk la weiii )
  •  kredibeliti pihak pengurusan yang sentiasa membawa masalah ( tolong la jangan jumbble-up football ngan politics )
  • gaji pemain yang lambat dibayar = salah pihak pengurusan lagi ( sape nak main kalau tak de gaji??? ) 
  •  media kurang memberi liputan ( ko dah la main macam ayam,suruh buat liputan lak, memang tak dpat la dik non oiiii )
  • itu je kot...tulis lebih-lebih nanti, aku lak kene banned dari masuk stadium...hahahaha

Dahulu, pasukan perak pernah berada di takhta kegemilangannya dengan menjuarai 
  • Liga Perdana I ( sekarang dikenali sebagai Liga Super ) pada tahun 2002 dan 2003
  • Piala Malaysia sebanyak 7 kali sepanjang dilansungkan pada tahun 2000, 1998, 1970, 1967, 1957, 1931 dan 1926
  • Piala FA sebanyak 2 kali pada tahun 2004 dan 1990
  • Piala Sumbangsih sebanyak 3 kali pada tahun 2006, 2005 dan 1999 
GILA GEMPAK !!! ( tapi pencapaian yang tidak konsisten)...tapi sekarang ia hanyalah catatan sejarah di atas kertas yang sedikit pun tidak membantu perlawanan di atas padang. Apa yang boleh dibanggakan dengan sejarah???Aku sebenarnya sangat - sangat merindui zaman kegemilangan pasukan perak. Bukan sekadar pasukannya sahaja, tetapi keSPORTINGan penyokong  yang dahulunya amat digeruni oleh penyokong  lawan; yang tidak putus - putus menyaport dan memberi sokongan agar pasukan perak kembali hebat seperti dahulu...KITA MAMPU MENGULANGI SEJARAH



penyokong perak TERBAEKKKKKKKK!!!!!
sewaktu adanya pemain import  ( idup keita mandjao)

Semalam sewaktu di stadium perak, aku merasakan kelainan. Suatu kelainan yang pernah aku rasakan dahulu, di awal tahun alaf baru ( 2000 - 2005 ). Ramai yang datang memenuhi stadium kali ini, dianggarkan 8000 orang. Suatu tanda penyokong perak mula bangkit memberi sokongan dan harapan, kini terserah kepada pemain dan pengurusan untuk membentuk pasukan terbaik bagi melayari musim bola sepak kali ini...

Semalam perak muncul juara di gelanggang sendiri menewaskan johor fc (1 -0 ) buat pertama kali pada musim ini selepas seri bersama pasukan kl ( 1 - 1 ) di gelanggang lawan.gol jaringan akmal rizal pada minit-minit terakhir perlawanan ( maybe minit 90 + 2 ) betul-betul mengubat kekecewaan penyokong yang menjangkakan perak akan seri tanpa jaringan malam itu...



DAN....



tiba2, penyokong perak semuanya bangun bersama - sama menyanyikan lagu, menggegarkan stadium yang sudah agak lama sepi dengan riuh-rendah penyokong..... ( JOM NYANYI RAMAI-RAMAI)


ipoh mali 2x
ipoh mali tala' sombong 3x
ipoh mali 2x
ipoh mali tala' sombong 3x 



satu lagi antara lagu semangat pasukan perak



chorus :
kejor yob kejor
selogan kami
ole ole ole
perak sudah mari (ulang)

putih kuning hitam
lambang negeri
semangat juang
ada pada kami (ulang)

ulang chorus 2 kali

langkah kami
langkah seladang 
siapa datang
akan kami tentang (ulang)

ulang chorus 2 kali

kami gempo 
abis - abisan
kami perak
darul ridzuan 

ulang sampai abis ( sukati korang la..hahahaha)


Dan, aku rasakan ini satu KEBANGKITAN BESAR - BESARAN selepas lama pasukan perak menyepi...


berilah mereka harapan dan sokongan....


KITA MAMPU MENGULANGI SEJARAH!!! 





  

5 comments:

  1. skor yob skor..
    aku harap perak FA cempien taun nih

    jangan cicior..terus skor..lantok ape deme nak kabor..janji skor..

    ReplyDelete
  2. oii atoi,bru nk blaja ker??haha roken wuz here

    ReplyDelete
  3. teman pun harap gi2 la brader oiii...
    bosan x yh bce,kn ak dh g tau awl2
    roken wuz???

    ReplyDelete
  4. Waaaa walaupn teman bukan la asai nya dari perak , tapi sekurang nya teman bangga ayah teman org peghak huuu ~
    go team perak !

    ReplyDelete